Sunday, August 2, 2009

Komputer Vs Anda

Komputer merupakan satu keperluan penting pada masa ini. Ini kerana komputer juga merupakan asas penting kepada bisnes berkaitan dengan komputer, contohnya bisnes onlie. Banyak sekali yang kita dengar pada masa sekarang berkaitan dengan komputer. Buat bisnes online tanpa mengeluarkan modal sesen pun, dan macam-macam lagi yang lain.semua itu Free No charges.
Komputer merupakan istilah yang baru untuk yang baru mengenali komputer. Tidak salahkan kalau saya katakan buta komputer pada masa sekarang dapat disamakan dengan buta huruf pada zaman-zaman dahulu walaupun anda seorang pemegang ijazah dari universiti-universiti ataupun pengajian tinggi.Komputer juga secara umumnya merupakan sesuatu kemestian untuk setiap negara. Contohnya untuk ekonomi, pentadbiran atau sebagainya.Ia menggunakan teknologi ini untuk menghubungkan secara cepat dan pantas bagi menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu.
Oleh sebab itu setiap individu sama ada sedar ataupun tidak yang pasti mereka akan menggunakan teknologi komputer ini setiap hari. Dan secara tidak langsungnya membuatkan individu itu sendiri mengenali apakah komputer itu sebenarnya.

2 comments:

  1. emang mas, setuju soal penyamaan bta kompter dengan bta huruf masa lampau

    sekarang semua pakai komputer..

    nol besar soal komputer
    sulit sangat cari kerjaan

    ReplyDelete
  2. memang benar mas doyok. Everything need computer now.

    ReplyDelete

KOMPUTER

Pengumpul Blog