Wednesday, August 5, 2009

Cinta oh Cinta...


Berapa peratuskah cinta anda dengan pasangan anda?


Cinta merupakan perasaan yang begitu istimewa terhadap diri seseorang. Ia juga satu perkara yang paling indah dalam hidup seseorang. Dan uniknya untuk meluahkan cinta kita kepada seseorang amat payah. Dan cinta tidak bisa dipaksa. Kerana ia lahir dari hati yang ikhlas dan tulus untuk mencintai dan dicintai. Secara amnya, perasaan cinta amat sukar untuk kita gambarkan lebih mendalam.Ini kerana cinta bisa mengubah segala-galanya.
Jika bunga ada madunya, cinta pula ada kedua-duanya. Kehidupan ini boleh diibaratkan sebagai bunga, dan cinta adalah madunya. Tetapi AWAS cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun. Dan cinta tidak selalu bersama jodoh.Begitu hebatkan.
Seringkali kita dengar cinta selalu tewas dalam perjuangannya. Memang diakui sejak dulu lagi, cinta memerlukan pengorbanan. Tetapi adakah dengan menyerahkan madu kepada kumbang boleh dikatakan satu pengorbanan!!! Bak kata pepatah melayu, habis madu sepah dibuang. Bibit-bibit cinta yang dulunya indah lenyap begitu sahaja. Semuanya musnah dengan rayuan dan pujukan.
Tetapi tidak semua boleh kita katakan begitu. Kepada pasangan yang hangat bercinta, kita seharusnya tahu cinta itu untuk apa, dan apakah tujuannya cinta. Saya percaya anda pun pernah melalui alam percintaan. Dan apa kata anda tentang CINTA...

Sunday, August 2, 2009

Komputer Vs Anda

Komputer merupakan satu keperluan penting pada masa ini. Ini kerana komputer juga merupakan asas penting kepada bisnes berkaitan dengan komputer, contohnya bisnes onlie. Banyak sekali yang kita dengar pada masa sekarang berkaitan dengan komputer. Buat bisnes online tanpa mengeluarkan modal sesen pun, dan macam-macam lagi yang lain.semua itu Free No charges.
Komputer merupakan istilah yang baru untuk yang baru mengenali komputer. Tidak salahkan kalau saya katakan buta komputer pada masa sekarang dapat disamakan dengan buta huruf pada zaman-zaman dahulu walaupun anda seorang pemegang ijazah dari universiti-universiti ataupun pengajian tinggi.Komputer juga secara umumnya merupakan sesuatu kemestian untuk setiap negara. Contohnya untuk ekonomi, pentadbiran atau sebagainya.Ia menggunakan teknologi ini untuk menghubungkan secara cepat dan pantas bagi menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu.
Oleh sebab itu setiap individu sama ada sedar ataupun tidak yang pasti mereka akan menggunakan teknologi komputer ini setiap hari. Dan secara tidak langsungnya membuatkan individu itu sendiri mengenali apakah komputer itu sebenarnya.

KOMPUTER

Pengumpul Blog